1 November 2016 - 15:14
Amerika Tidak Patut Dakwa Iran Hantar Senjata Ke Yaman: Penganalisis.

Seorang pegawai kanan tentera laut Amerika Syarikat telah menuduh Iran menghantar senjata dan peluru berpandu kepada Pergerakan Ansarullah di Yaman.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Seorang pegawai kanan tentera laut Amerika Syarikat telah menuduh Iran menghantar senjata dan peluru berpandu kepada Pergerakan Ansarullah di Yaman. Ketua Pemerintah Pusat Angkatan Tentera Laut A.S, Laksamana Madya Kevin Donegan baru-baru ini mendakwa bahawa A.S dan sekutunya telah memintas penghantaran senjata dari negara Republik Islam Iran ke Yaman sebayak lima kali. Iran telah menafikan dakwaan itu sekeras-kerasnya sambil menegaskan bahawa dakwaan palsu itu dibuat oleh A.S dalam rangka mencipta alasan bagi membenarkan mereka untuk terus menjual senjata kepada rejim Arab Saudi.

Seorang ahli akademik percaya bahawa Amerika Syarikat tidak layak menuduh Iran menghantar senjata ke Yaman memandangkan mereka sendiri giat menjual dan membekalkan senjata kepada rejim Riyadh.

"Saya percaya bahawa Amerika Syarikat tidak berhak menuduh mana-mana negara termasuk Iran sebagai pembekal senjata kepada pihak Houthi di Yaman selagi A.S sendiri sibuk membiayai dan membekalkan senjata canggih kepada Arab Saudi yang merupakan pihak penceroboh dalam konflik di Yaman," kata Jamal Wakim yang merupakan seorang profesor di Universiti Antarabangsa Lubnan kepada Press TV.

Beliau juga berhujah bahawa Washington sepatutnya dituduh sebagai  'pelanggar undang-undang antarabangsa' kerana menjual senjata kepada rejim Riyadh.

Ahli akademik itu juga mengatakan bahawa Amerika Syarikat telah membina 'strategi' dan 'hegemoni' mereka di Timur Tengah berasaskan pakatan Washington dengan rejim Saudi.